Showing posts with label amanat DC. Show all posts

Friday, August 1, 2008
Hari Pengakap Sedunia ~ 01 Ogos
Kepada semua warga pengakap seantero dunia, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak, mengucapkan selamat menyambut Hari Pengakap Sedunia.
Saya selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang diamanahkan untuk memimpin pergerakan pengakap di daerah Gombak, menyeru seluruh warga Pengakap Daerah Gombak bersatupadu dan bekerjasama untuk memajukan pengerakan pengakap tanpa jemu dan juga tidak memikirkan soal ganjaran. Biarkan kita berpengakap dengan ikhlas untuk memajukan diri, anak-anak pengakap dari unit PKK, PM, PR, PK dan Pemimpin.
Saya juga menyeru kepada semua ahli pengakap supaya menjaga maruah diri dan nama baik pergerakan yang kita sayangi ini. Baik buruk, cacat cela dan umpat keji terhadap pergerakan kita sebenarnya terletak di atas bahu kita, kita yang menentukannya, jalan mana, laluan mana yang kita mahukan. Biarlah kita pilih jalan yang terbaik ke arah memartabatkan dan memperkasa PENGAKAP GOMBAK.
" Satu Dunia Satu Persetiaan"
" Once a Scout Always a Scout "
" Pengakap Gombak Cemerlang, Generasi Terbilang "
Salam Pengakap.
Ibrahim bin Yaacob
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak@ 2006 - 2009 Read More......

Friday, July 11, 2008
Coretan DC untuk "Tujuh Hari Lagi....."
Tinggal hanya 7 hari saja lagi, program yang dirancangkan akan terlaksana. Lepas tu baru boleh rasa lega. Tapi PPM Gombak tak mudah mengalah. Kata-kata Tuan ASC Azkiah akan dibuktikan. Ayuh semua kawan-kawan teruskan perjuangan, jangan ada persengketaan antara kita. Sudah dua tahun saya merancang, KEMPORI 2007 dan KOROBORI 2008. Semuanya bagi saya adalah satu kejayaan sejak menerajui PPM Gombak mulai 2006. Saya terharu dengan kesediaan Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Gombak untuk menyediakan Kertas Kerja KEMPORI 2009. ( Boleh le saya lepas tangan untuk program 2009 nanti... ) Itulah warga Gombak, yang ini belum habis dah merancang untuk tahun depan. Tahun depan merupakan tahun akhir penggal kedua saya jadi DC ( 2006/07; 2008/09 ), rasa-rasanya tak nak sambung lagi dah... pelapis yang ada sekarang dah mantap, jadi kita buatlah sesuatu yang "Grand" untuk tahun 2009.
Berbalik pada cerita KOROBORI 2008, saya berpuashati dengan promosi yang dibuat, lebih meluas untuk tahun ini berbanding KEMPORI 2007, dari utara hingga ke selatan dan dari barat ke timur. Itulah kelebihan dan kecanggihan teknologi ICT yang telah kita PPM Gombak ketengahkan. PPM Gombak sudah dikenali oleh banyak ahli Pengakap di segenap pelusuk tanah air. Syabas untuk semua!
Tahun ini kita akan menyaksikan penyertaan dari WP Putrajaya, dan beberapa Daerah PPM yang lain. Jadi untuk semua petugas, kita buatlah yang terbaik. Kita yakin kita boleh, yang penting kita sentiasa bersatu dari pihak pengurusan, pemimpin dan kelana. Di sini saya ingin melahirkan rasa bangga dan terharu atas "komitmen" yang diberikan oleh pasukan Kelana Gombak dalam setiap aktiviti yang dirancangkan.
Sekian, jumpa lagi. JOM kita GEGAR Kem Lembah Genting nanti.... Read More......

Subscribe to:
Posts (Atom)