Showing posts with label hari penting. Show all posts
Showing posts with label hari penting. Show all posts
Saturday, December 27, 2008
Salam Ma'al Hijrah 1430

Majlis Pengakap Daerah Gombak,
Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak, dan
Jawatankuasa Pasukan Latihan Pengakap Daerah Gombak
mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua warga PPM Gombak sempena tahun baru Hijrah 1430 Read More......
Saturday, December 13, 2008
Merry Christmas

PPM Daerah Gombak mengucapkan "Selamat Hari Krismas" buat Tuan Arulnathan@lura dan ahli-ahli PPMDG yang beragama Kristian.
Read More......
Friday, September 26, 2008
Selamat Hari Raya
Pesuruhjaya Daerah Gombak, Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak, Ahli Pasukan Latihan Daerah, dan semua Ahli Jawatan Kuasa Majlis Pengakap Daerah Gombak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga pengakap gombak serta para pengunjung blog ppmgombak.
Read More......
Tuesday, September 23, 2008
Balik Kampung

Berhati-hati di jalan raya
Tak kira motor atau kereta
Agar selamat sampai
dan selamat kembali
Selamat Hari Raya
- Pesanan ini dibawa oleh ppmgombak.blogspot.com Read More......
Saturday, August 30, 2008
Perpaduan Teras Kejayaan
Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51 perlu dihayati oleh kita semua, terutamanya buat semua warga Pengakap yang bernaung di bawah PPM Gombak. Perpaduan harus kita pupuk dan pelihara demi untuk menjamin kemantapan pergerakan yang kita sayangi ini. "Bersatu" kita akan teguh dan "Bercerai" kita akan roboh. Kita di dalam pergerakan pengakap tidak harus mementingkan diri dan kumpulan kita sahaja, kita harus berkerjasama dan tolong-menolong dalam setiap pekerjaan kita, kita sepatutnya tidak ada rasa iri hati, sakit hati, cemburu, hasad dengki antara satu sama lain. Kita adalah satu keluarga yang besar, yang dikepalai oleh tuan DC kita. Rasa hormat-menghormati antara satu sama lain harus ada dalam diri kita, yang muda hormat pada yang tua, yang dipimpin hormat kepada yang memimpin, barulah kita akan berjaya. Begitu juga perpaduan antara kaum, Melayu, Cina, India dan lain-lain, harus ada perasaan hormat-menghormati, mempercayai antara satu sama lain. Dalam PPM Gombak, ahli-ahli dan pemimpin pengakap terdiri daripada tiga kaum utama ini. Setakat ini tidak ada masalah di kalangan kita, kita boleh bekerjasama antara satu sama lain. Harapan kita, keadaan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Sekian,
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-51 Read More......
Sekian,
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-51 Read More......
Friday, August 1, 2008
Hari Pengakap Sedunia ~ 01 Ogos
Kepada semua warga pengakap seantero dunia, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak, mengucapkan selamat menyambut Hari Pengakap Sedunia.
Saya selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang diamanahkan untuk memimpin pergerakan pengakap di daerah Gombak, menyeru seluruh warga Pengakap Daerah Gombak bersatupadu dan bekerjasama untuk memajukan pengerakan pengakap tanpa jemu dan juga tidak memikirkan soal ganjaran. Biarkan kita berpengakap dengan ikhlas untuk memajukan diri, anak-anak pengakap dari unit PKK, PM, PR, PK dan Pemimpin.
Saya juga menyeru kepada semua ahli pengakap supaya menjaga maruah diri dan nama baik pergerakan yang kita sayangi ini. Baik buruk, cacat cela dan umpat keji terhadap pergerakan kita sebenarnya terletak di atas bahu kita, kita yang menentukannya, jalan mana, laluan mana yang kita mahukan. Biarlah kita pilih jalan yang terbaik ke arah memartabatkan dan memperkasa PENGAKAP GOMBAK.
" Satu Dunia Satu Persetiaan"
" Once a Scout Always a Scout "
" Pengakap Gombak Cemerlang, Generasi Terbilang "
Salam Pengakap.
Ibrahim bin Yaacob
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Gombak@ 2006 - 2009 Read More......

Sunday, June 15, 2008
Hari Bapa

Warga Pengakap Gombak mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada semua kaum Bapa di seluruh negara, teristimewa buat bapa-bapa yang menjadi pemimpin/ ahli pengakap. Hari ini 15hb Jun 2008 ( Hari Ahad ketiga bulan Jun )ialah Hari Bapa bagi kebanyakan negara termasuk MALAYSIA.
Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan. Read More......
Subscribe to:
Posts (Atom)