Thursday, May 8, 2008
Perkongsian Maklumat I
Kita sekarang berada dalam era globalisasi tanpa sempadan. Penyebaran maklumat kini berada dihujung jari. Perkongsian pintar membawa kita ke mana-mana sahaja di alam siber ini. Justeru itu, adalah wajar bagi kita ahli-ahli pengakap bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. E-Mail sepatutnya sudah tidak asing lagi bagi kita. Ia merupakan cara mudah bagi kita untuk berkomunikasi tanpa perlu lagi ke pejabat pos untuk mengirim surat.
Dunia berubah lagi !!! Kini penggunaan blog begitu ketara sekali. Ahli-ahli politik menjadikannya sebagai medan untuk berkempen dan memberi pendapat. Ahli-ahli perniagaan menjadikan sebagai punca pendapatan, manakala ahli sasterawan pula menjadikannya sebagai medan untuk berkarya. Itu sekadar contoh penggunaan blog dewasa ini.
Anak-anak muda lebih gemar menggunakan laman friendster untuk berkomunikasi. Ada yang memilih laman freeweb untuk membina laman web. Tepuk dada tanyalah selera, pilihan berada di depan kita. Apa yang penting kita harus bergerak seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi untuk kita tidak ketinggalan jauh di belakang. >>> bersambung
No comments:
Post a Comment