Saturday, April 4, 2009
Petikan Surat Kursus 6 Sekawan
GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH GOMBAK
( U.P: Guru Pemimpin Pengakap )
Tuan,KURSUS ENAM SEKAWAN PENGAKAP SEKOLAH RENDAH DAERAH GOMBAK 2009
Dengan Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuki.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Daerah Gombak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Gombak akan menganjurkan kursus tersebut berdasarkan maklumat di bawah :
Tarikh : 10 -11 April 2009Tempat : Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang
Pendaftaran : 3.00 petang (10.04.2009)
Penutup : 4.30 petang (11.04.2009)
Peserta : 4 orang setiap sekolah
Sumbangan : RM 20.00 seorang (Makan,Minum,Sijil,Bahan,Alatan)
Peralatan : Sila bawa khemah (setiap sekolah),alat tulis, buku log, pinggan
dan cawan.
3. Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan kepada murid-murid di sekolah terlibat dalam program tersebut. Sayugia diingatkan , murid–murid mendapat kebenaran bertulis ibubapa/penjaga dan mematuhi SPI Bil24/1998 dan SPI.Bil.9/2000 sepenuhnya. Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk kepada Pegawai Teknik, En. Sifly bin Saari di talian 0123571455.
Kerjasama dan tindakan tuan amat di hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”
(SITI NORMA BT. MOHD YUSOF)
Pegawai Pelajaran Daerah Gombak
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak
No comments:
Post a Comment