Friday, November 28, 2008
Ke Arah Lembaran Baru
Sejak mula dilancarkan pada 01 Oktober 2007, blog "Scout Gombak 2008" telah banyak dikunjungi, baik dalam negara maupun luar negara. Dalam tempoh setahun, jumlah pengunjung telah mencecah ke angka 11,000. Ini menunjukkan satu perkembangan yang amat baik bagi PPM Gombak.
Dalam mengharungi ledakan teknologi maklumat hari ini, kita tidak boleh duduk berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Kita harus bergerak seiring dengan perkembangan ini. Justeru itu PPM Gombak akan meneruskan tradisi menerbitkan blog sebagai alat perhubungan yang berkesan. Mungkin sedikit perubahan perlu dilakukan untuk menampakkanya lebih menarik dan "bergaya". Selamat Tahun Baru 2009.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment