Sunday, March 23, 2008
Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda
Posted on 3:07 PM
|
comments (1)
|
Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda telah diadakan pada 21 - 23 Mac 2008 bertempat di Tapak Perkhemahan P2, Ulu Yam. Seramai 144 orang ahli Pengakap Muda telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap kemajuan lencana iatu Usaha, Maju dan Jaya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Abu Samah Bachik, Naib Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Gombak. Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan Pesuruhjaya Daerah, beliau telah mencadangkan Tapak Perkhemahan P2 ini dijadikan pusat aktiviti untuk pengakap muda dan pengakap remaja PPM Daerah Gombak pada masa akan datang. Menurut beliau lagi kawasan ini yang mempunyai ciri-ciri semulajadi memang sesuai dengan keperluan program muda-remaja.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam pengakap.
ini cuma cadangan, mungkin bahagian komen bolehla dibuat sesuatu supaya takde pihak yang guna sebagai tempat spam/advertising. :) dan letakla shoutbox kat blog ni. mudah bagi pengunjung berinteraksi. apa pun, selamat maju jaya ppg.
Post a Comment